Monday, May 3, 2010

::luahan hatiku::

seorang insan yang bergelar WANITA..
mempunyai jiwa yang mudah terguris
dan terluka..
sentiasa ingin di sayangi dan di kasihi
orang lain..terutamanya..
dari seorang insan yang bergelar
SAHABAT..
sahabat yang sejati sentiasa menjadi
idaman bagi setiap insan..
susah dan senang bersama-sama
menempuhinya..
apabila seorang darinya
jatuh tersungkur..
yang seorang lagi akan cuba
untuk menggapai tangan
sahabatnya..
cuba untuk menolong dan membantunya..
tidak sanggup rasanya hati ini
kehilangan seorang sahabat
yang begitu bermakna
baginya..diriku sentiasa
berdoa semoga persahabatan
yang sudah terjalin ini..
tidak akan putus di tengah jalan..
tetapi..
berkekalan sehingga keakhir hayat..
hanya maut sahaja yang mampu
memisahkan kita..
ingat janji kita dahulu
mahu menjadi insan yang berguna
kepada diri sendiri dan orang lain..
harapan terakhirku..
semoga ukhuwwah yang terjalin ini
akan lebih mendekatkan diri kita
dengan PENCIPTA...

1 comment:

  1. subhanallah...bermanfaat2.moga Allah kuatkan kita dan sekalian yang berjuang mbawa risalah Nabi..hidup ini indah jika segalanya kerana Allah...

    ReplyDelete